Tambah mufradaat. Kuasai uslub.
Sudah mempunyai asas bahasa Arab? Jadikan Zaad Arabic tempat lepak harian anda untuk lihat sendiri pekembangan kosa kata dan uslub bahasa Arab anda selepas 12 bulan.
Zaad menyediakan pelajaran baharu yang telah dipilih teliti setiap hari selama 12 bulan – berobjektifkan pengkayaan kosa kata dan uslub ayat bahasa Arab.
Peserta akan dibimbing secara berperingkat, untuk menguasai kosa kata dan struktur ayat yang kerap digunakan dalam bahasa Arab dalam pelbagai bidang. Penekanan utama diberikan kepada penguasaan kolokasi (المُتَصَاحِبَات اللفْظِيَّة) dalam bahasa Arab.
Bahan pelajaran yang dipilih tidak terhad kepada topik keagamaan sahaja. Peserta akan dibawa menghayati bahan berbahasa Arab dalam bentuk teks dan video daripada pelbagai sumber, dengan pelbagai laras bahasa dan merentas bidang.
Setiap pelajaran teks diakhiri dengan kuiz latihan kuiz. Manakala pelajaran video pula akan diikuti oleh latihan binaan ayat.
Ini menjadikan sebanyak 175 soalan kuiz dan 115 binaan ayat yang boleh dijawab berkali-kali setiap bulan. Boleh ulang pelajaran dan latihan berkali-kali sehingga hadam. Dalam masa setahun, anda akan membina sebanyak 1380 ayat secara berpandu.
Setiap kuiz dan latihan binaan ayat akan disemak secara automatik oleh sistem Zaad.
Peserta tidak bersendirian dalam program ini! Peserta boleh bertanya soalan terus kepada panel Q&A melalui platform yang disediakan pada bila-bila masa saja 24/7. Jawapan akan diberikan melalui emel. Soalan yang terpilih pula akan dimasukkan dalam koleksi soal jawab yang boleh diakses oleh semua peserta. Nama peserta akan disembunyikan.
Platform pembelajaran online yang interaktif, tidak terikat dengan masa dan tempat. Belajar pada bila-bila masa sahaja dan di mana sahaja melalui laman web zaad.my yang mesra telefon bimbit. Boleh belajar dan buat latihan membaca teks bahasa Arab dan semak cara bacaan sendiri tanpa perlu risau dan malu apa orang kata.
Sebagai persediaan sebelum menyelami pelbagai jenis teks bahasa Arab yang lebih kompleks, peserta dibawa untuk menghayati terlebih dahulu teks-teks penceritaan laras biasa. Walaupun namanya 'laras biasa', kosa kata dan struktur ayat dalam peringkat inilah yang paling banyak didapati pada hari ini bermula daripada penggunaan harian, percakapan, media sosial sehinggalah dalam penulisan-penulisan dan ucapan-ucapan rasmi bahasa Arab.
Setelah 'masak' dengan teks laras biasa. Seterusnya peserta dibawa untuk berkenalan dengan teks-teks bahasa Arab yang lebih tinggi laras bahasanya yang terdiri daripada karya-karya sastera Arab yang masyhur seperti Maqamaat al-Hariri dan lain-lain.
Kemudian peserta dibawa untuk mengenal kosa kata, gaya bahasa dan istilah-isitilah media menerusi teks-teks moden yang terdapat dalam pelbagai saluran media. Bermula daripada platform media sosial, sehinggalah teks-teks berita, akhbar dan sebagainya.
Akhir sekali, peserta dibawa menekuni dan menghayati teks-teks kegamaan daripada pelbagai bidang. Ini tahap tertinggi yang ingin dicapai oleh seorang pelajar bahasa Arab. Memahami teks-teks keagamaan dengan tepat. Setelah melalui pelbagai jenis teks, di tahap ini peserta sudah bersedia untuk memahami teks-teks keagamaan.
Setiap bidang mempunyai istilah, gaya bahasa dan perkataan yang tersendiri. Di sinilah peserta akan melihatnya satu persatu penggunaannya secara tersusun. Peserta akan diperkenalkan dengan istilah-istilah yang banyak digunakan dalam setiap bidang.
Setiap hari selama 12 bulan, peserta akan menerima 3 jenis konten secara bergilir-gilir.
Peserta akan dibawa menyelusuri kepelbagaian kosa kata dan uslub daripada teks-teks berbentuk kisah pendek dan diakhiri dengan teks daripada kitab-kitab fiqh (pada bulan ke-12). Kesemua teks ini disertakan dengan penjelasan dan kuiz latihan.
Kuantiti: 7 teks /bulan
Agar kelihatan lebih hampir kepada native-speaker, kita boleh masukkan bait syair dan kata-kata hikmah mahupun peribahasa yang mereka sering ungkapkan! Di bahagian ini, kami telah menyenaraikan bait-bait syair dan kata-kata hikmah yang sering menititi di bibir penutur jati dan para ulama.
Kuantiti: 7 hafalan /bulan
Untuk setiap pelajaran video, kami telah menyediakan huraian kosa kata dan uslub ayat bahasa Arab yang digunakan oleh penutur jati dalam video berkenaan. Disusuli dengan 5 latihan binaan ayat yang akan disemak secara automatik oleh sistem.
Kuantiti: 23 video /bulan
Pengasas Aljahiz, Pengkaji dan Penulis Buku-Buku Pembelajaran Bahasa Arab, Penyampai Program Hayya Bil Arabiyyah di IKIM.FM
Dengan pengalaman mengkaji dan pengalaman menggunakan bahasa Arab dalam kehidupan selama lebih 25 tahun, beliau telah berjaya melahirkan ribuan individu celik bahasa Arab melalui modul KBA Aljahiz. Kini, beliau memperkenalkan modul baharu yang memfokuskan pengkayaan kosa kata dan gaya bahasa untuk membantu pelajar membina kemahiran membaca dan memahami teks-teks bahasa Arab daripada pelbagai sumber dengan lebih tepat dan menggunakan pendekatan yang lebih praktikal dan fleksibel.
Menerusi penglibatan diri dengan teks bahasa Arab yang terpilih dan latih tubi yang berterusan, peserta akan lebih cepat menguasai kosa kata dan struktur ayat bahasa Arab.
Peserta diberikan senarai kosa kata dan frasa yang akan digunakan dalam teks pelajaran semasa. Dengan cara ini, peserta akan lebih bersedia untuk membaca teks pada Aktiviti 2. Peserta juga akan lebih mudah untuk menghayati makna setiap kosa kata dan struktur ayat baharu kerana terus melihat penggunaannya secara realiti dalam konteks.
Pada bahagian ini, peserta akan diminta untuk membaca teks tanpa baris. Kemudian membandingkan bacaannya tadi melalui fungsi paparan baris. Di samping itu, peserta juga boleh mendengar bacaan teks tersebut untuk menguatkan lagi ingatan dengan menggunakan pancaindera.
Kajian mengatakan apa yang dibaca oleh seseorang individu akan lebih mudah kekal di minda apabila ditambah dengan metod audio-visual seperti mendengar. Dalam bahagian ini, peserta boleh mendengar teks bacaan berkali-kali sama ada untuk semak cara bacaan, menguji kefahaman mahupun untuk meningkatkan lagi ingatan terhadap apa yang dipelajari. Peserta boleh mendengar sambil merujuk teks pelajaran semasa.
Bacaan teks tidak lengkap tanpa mengetahui penjelasan dari sudut sintaksis untuk perkataan-perkataan tertentu. Dalam bahagian ini, peserta akan diberikan analisis i'rab untuk perkataan-perkataan terpilih. Pemilihan perkataan ini dilakukan bersesuaian dengan tahap. Analisis i'rab pada pelajaran-pelajaran awal lebih mudah dan ringkas berbanding pelajaran-pelajaran terkemudian.
Aktiviti kemuncak yang paling penting. Melalui aktiviti ini, peserta dapat praktik dan kukuhkan kefahaman untuk topik-topik penting dalam setiap pelajaran semasa dan juga yang telah berlalu. Peserta boleh jawab kuiz yang sama berkali-kali sehingga puas hati. Selepas sela masa tertentu, jika dirasakan perlu, peserta boleh menjawab kuiz bagi pelajaran-pelajaran lepas untuk ulangkaji semula apa yang telah dipelajari sebelum ini.
Selepas setiap pelajaran, peserta akan diberikan satu bait syair yang banyak meniti di bibir para ulama dan ahli ilmu. Syair-syair ini dikategorikan sebagai mahfuzaat yang disarankan untuk peserta menghafalnya. Selain daripada manfaat kosa kata dan gaya bahasa, peserta juga dapat menikmati mutiara hikmah yang terdapat dalam syair-syair Arab di sepanjang zaman.
Semua video disertakan dengan transkrip penuh ucapan yang dituturkan oleh penutur jati, terjemahan, huraian kosa kata dan uslub yang digunakan oleh penutur jati dalam video.
Mendengar atau menerima input sahaja tidak cukup! Berpandukan video dan nota yang diberikan, peserta diberikan latihan binaan ayat secara berpandu dan akan terus disemak secara automatik oleh platform Zaad.
Melalui kursus ini, peserta akan mendapat gambaran penuh tentang perbincangan-perbincangan dalam ilmu Nahu. Kursus ini menyentuh semua topik-topik utama ilmu Nahu mengikut susunan kitab al-Tashil karangan Ibn Malik, iaitu antara kitab terakhir beliau. Kursus ini banyak menekankan aspek penggunaan berbanding semata-mata teori.
Bernilai: RM50.00
Jumlah Sesi: 4 sesi
Durasi Video: 11:16:14 jam
Tasrif atau konjugasi kata kerja bahasa Arab bermaksud perubahan
bentuk yang berlaku pada bongkah kata kerja bahasa Arab disebabkan
oleh berbagai-bagai faktor. Tapi menerusi buku ini penulis akan
menumpukan berkenaan perubahan yang disebabkan oleh faktor
gabungan kata kerja dengan kata ganti nama diri (dhamir ), faktor
pengimbuhan dan faktor peralihan kata kerja kepada kata nama, iaitu
masdar, isim fa’il dan isim maf’ul sahaja. Ini kerana topik-topik ini merupakan 'tulang belakang' kepada perbincangan Sorof yang tanpanya, seseorang tidak akan mampu pergi jauh dalam memahami bahasa Arab.
Bernilai: RM60.00
Format: Ebook PDF
Mukasurat: 73 ms.
Memandangkan Zaad Arabic ialah platform yang memberikan fokus kepada penguasaan kosa kata dan uslub ayat bahasa Arab, kami melihat buku ini ialah bonus yang paling bernilai buat seorang pelajar bahasa Arab.
Selain daripada bahan pembelajaran utama di platform Zaad, peserta juga boleh mengisi masa terluang dengan meneliti gaya bahas yang digunakan oleh Ibn al-Muqaffa' buku ini.
Abul Hasan 'Ali al-Nadwi ketika ditanya bagaimana beliau dapat menguasai bahasa Arab dengan baik? Beliau jawab: Kalilah wa Dimnah.
Inilah buku yang telah berjaya melahirkan ramai pakar bahasa Arab.
Dan anda, 10 orang peserta terawal dalam Zaad Arabic akan mendapatkannya dengan percuma! InsyaAllah
Bernilai: RM35.00
Format: Buku Fizikal
Mukasurat: 310 ms.
Kebiasaan program pembelajaran bahasa atas talian melalui aplikasi interaktif pada hari ini mengenakan yuran sekitar 20USD – 50USD/bulan.
Tetapi di zaad.my, anda akan mendapat kesemua ini:
🔥 BONUS FAST ACTION: Buku Fizikal Kalilah wa Dimnah (Dwi-bahasa) untuk 10 peserta terawal
🎁 BONUS EKSKLUSIF 1: Kursus Nahu Ekspres (11 jam ++)
🎁 BONUS EKSKLUSIF 2: PDF Tasrif Zaad.my (73 ms.)
Bukan dengan:
RM89.00
Tetapi hanya RM39.80/bulan sahaja!
(Bersamaan 1 ringgit 30 sen sahaja sehari untuk tingkatkan kemahiran berbahasa Arab secara berpandu!)
Tiada Risiko!
Selepas betul-betul belajar di zaad.my dan anda merasakan program yang sarat dengan kandungan bermanfaat ini bukan untuk anda, hubungi kami dalam masa 3 hari dan kami akan pulangkan 100% wang anda tanpa sebarang soal.
Anda akan terus mendapat akses automatik ke dashboard peserta sebaik sahaja pendaftaran berjaya.
Saluran pembayaran utama yang disediakan ialah menggunakan kad debit / kad kredit. Ini bertujuan memudahkan peserta.
Peserta tidak perlu lagi bersusah payah melakukan transfer secara manual. Yuran akan ditolak secara automatik pada setiap bulan, selama 12 bulan tanpa sebarang caj tambahan.
Peserta boleh hentikan sendiri langganan pada bila-bila masa sahaja melalui dashboard peribadi setiap peserta. Di dashboard, sila klik ‘Tetapan Langganan’, kemudian klik ‘Hentikan Langganan’.
✅ Kami juga menerima transaksi perbankan online (online transfer).
Untuk pembayaran menggunakan online transfer, sila hubungi kami di sini untuk kami bantu:
WhatsApp Zaad
Pembelajaran dijalankan secara online melalui laman web Zaad.my.
Setiap peserta akan mempunyai nama pengguna (username) dan kata laluannya untuk masuk ke halaman pembelajaran (dinamakan Dashboard). Semua bahan pelajaran akan dimuatkan di sini.
Dengan cara ini, peserta tidak lagi terikat dengan sebarang masa dan tempat yang tertentu.
Boleh belajar dengan selesa pada bila-bila masa dan di mana pun anda berada .
Pelajaran baharu akan diberikan setiap 4 hari, pada jam 8 pagi (waktu Malaysia).
Setiap peserta akan menerima dua jenis bahan pelajaran:
Peserta juga akan menerima emel secara automatik menandakan ada pelajaran baharu dilepaskan dan sudah bersedia untuk dipelajari.
Modul Bacaan @ Zaad.my ini akan mengambil masa selama 12 bulan.
Sepanjang 12 bulan ini anda akan dibawa meneroka pelbagai jenis teks bahasa Arab daripada pelbagai bidang, untuk menguasai sebanyak mungkin kosa kata dan struktur ayat bahasa Arab.
Modul ini disusun dengan penuh teliti oleh al-Fadhil Ustaz Ashafizrol Ab Hamid.
Teks yang akan dipelajari merangkumi teks penceritaan laras biasa, laras tinggi, teks media, dan teks keagamaan.
Ke semua teks ini di ambil daripada pelbagai sumber yang autentik.
Sudah tentu, peserta boleh bertanya soalan semudah menekan butang ‘Pertanyaan’ yang disediakan di halaman dashboard setiap peserta.
Anda boleh menghubungi panel pada bila-bila masa sahaja melalui saluran yang disediakan ini.
Panel Soal jawab kami bersedia membantu.
Program ini amat sesuai disertai oleh siapa sahaja yang telah mempunyai asas yang minima dalam bahasa Arab dan mahu meningkatkan lagi kemahiran membaca mereka secara berpandu daripada pelbagai jenis teks bahasa Arab.
Pelajar SPM, STAM, Asasi Pengajian Islam, siswazah dan pascaswazah juga amat digalakkan mendaftar.
Program ini memerlukan anda untuk mempunyai sedikit sebanyak asas dalam Nahu, Sorof dan kadar minima kosa kata dalam bahasa Arab.
Sekiranya anda mahu mula belajar bahasa Arab daripada kosong, kami amat sarankan anda menyertai Kelas Bahasa Arab Aljahiz.
Anda boleh menghentikan langganan dengan mudah melalui dashboard anda sendiri pada bila-bila masa yang anda mahukan.
Anda hanya perlu klik:
Menu > Tetapan Langganan > Hentikan Langganan.
Jika perlukan sebarang bantuan, sila WhatsApp kami:
Ya. Laman web Zaad.my sememangnya direka khas untuk pengguna telefon pintar, tablet dan juga komputer.
Paparan terbaik dapat dilihat menerusi telefon pintar.
Tidak. Kami akan memberikan akses penuh kepada anda terhadap semua konten Zaad semasa (dan akan datang) tanpa sebarang caj tambahan selepas 12 bulan.
Jika langganan dihentikan sebelum 12 bulan, tiada akses kepada pelajaran lepas diberikan.
Hubungi Zaad.my Customer Service melalui WhatsApp: